About Me

Foto saya
Tiada apa yang istimewa dalam kehidupan ku melainkan Sengsara, Penderitaan,Kelukaan...... Namun aku PASRAH...

02 JANUARI 1986

Masih aku ingat pd tarikh itulah hari pertama aku melangkah ke sekolah,cuma mgkin hati ku tidak seceria seperti kanak kanak lain apa yg aku maksudkan disini adalah aku tidak ditemani oleh kedua ibu bapa kandung ku tp hanyalah oleh keluarga angkat yang mengambil ku dr rumah kebajikan. Namun aku masih lagi bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepadaku... Walaupun disebalik wajahku raut senyuman yg ku pamir namun disudut hati kecil ku menangisi dengan apa yg ku lalui kini. Oh Tuhan kenapa harus aku yg kau pilih....... walaupun sedari kecil aku tahu aku adalah anak angkat namun hati ku terus berharap suatu ketika ade insan yg bernama Ayah dan Ibu kandung dtg memeluk ku...

Bila ku lihat kanak kanak lain yg tangan mereka di pimpin oleh ibu bapa mereka aku merasa amat cemburu, kenapa aku tidak seperti mereka????????? Oh Tuhan berikan aku semangat untuk ku terus berdiri agar dapat ku meneruskan langkah ini dan meneruskan langkah ini. Meskipun tangisan dan airmata adalah teman setia dihati ini. Hari demi hari aku terus berharap aku akan memiliki Qaseh itu suatu hari nanti.

Sememangnya aku bersyukur mendapat keluarga angkat yg amat menyayangiku walaupun aku tahu satu ketika nanti pasti sayang mereka itu akan terlerai kerana Siapalah Aku. Aku hanyalah yg tiada talian darah dengan mereka. Setiap hari aku sentiasa terfikir apa akan jd pd diri ku seandainyamata, tapi aku ANAK PUNGUT suatu ketika nanti Mama dn Papa akan ade zuriat mereka sendiri. pastinya aku hanya akan dipandang sebelah tidakbermaksud cemburu sekiranya itu terjadi. setidak tidaknya masih ade org yg menyayangi ku walaupun aku tahu itu hanya sementara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan