Hari terus berlalu waktu silih berganti, kini aku melangkah ke darjah 2. Apa yang pernah aku fikirkan selama ni, hampir menjadi kenyataan!! Papa bagitahu aku tidak lama lagi aku akan ade adek, hati aku gembira bercampur duka gembiranya aku sebab aku akan ada teman bermain tapi duka nya aku, aku akan berkongsi kasih atau pun aku sememangnya dah tak layak mendapat kasih sayang dr mereka lagi..maklum lah anak PUNGUT pg mana pun tak akan sama ANAK SENDIRI... Jadi hari demi hari aku semakin sedar siapa aku pada mereka.. pastinya satu ketika nanti jika terjadi sesuatu yang mengguris hati mereka, tidak mustahil aku akan disisihkan semula sebagaimana MAK BAPAK aku buat kat aku dulu... Cuma apa pun aku tidak pernah menyalahkan mereka jika itu terjadi kerana itu sememangnya hak mereka. Apapun aku kesal dengan sikap manusia yang tak sepatutnya menjadi manusia aku rasalah....
Papa! Mama!
aku tahu apa yang kau beri pada aku selama ini adalah bersifat sementara itu kerana engkau TIADA!!! tapi aku percaya semua itu pasti akan berubah.. Bila kasih yang pas
ti menjadi milik mu ada di depan mata.. Takpelah mungkin itu yang Allah SWT tentukan untuk aku. apa pun aku kene terima jugaK.. apa pun bila kita pandang langit jangan lupa tgk kaki.... tapi tak bermakna kaki aku busuk tau...
Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang
Rupanya Hujan Ditengahari
Ku Sangka Ikhlas Kasihnya Orang
Rupanya Ucapan Tak Sama Hati
Tapi nak macam mane dah memang nasib aku, apa pun sabar jelah.............. Hari ke hari herdikan semakin menjadi perkara biasa pada aku, setiap apa aku lakukan seakan menjadi kesalahan pd mereka semakin terasa aku ni benar2 menjadi beban pada Papa dn Mama! Oh Tuhan inikah cobaan yang kau berikan pd ku, mampu kah aku menempuh hari yang mendatang, tanpa dorongan sokongan pandangan tetapi cuma renungan seakan sentiasa mencari kesipan dr diri ini..
Hari kebahgiaan Papa dn Mama telah pun tiba, Seorang PUTERI pujaan hati akan menjadi kawan ku bermain. Tapiiiii betul kew atau pun sebaliknya??? Faham Faham lah! Kini ruang untuk aku menumpang kasih semakin mengecil(betul ke bahasa aku ni) tapi setiap kesilapan yang aku lakukan semakin membesar.. Kalau dulu bahasa nya boleh diterima lagilah tapi kini ia semakin menyerabutkan kepala otak aku..
Andai dapat ku undurkan putaran dunia,
ingin ku ubah semula kata2 dan tingkah laku KU (lalalalala)
Tapi aku tak mampu! Cuma apa yg aku terus harap kan, aku akan mendapat kasih dan sayang dr ibu dan bapa ku suatu ketika nanti.
Agak2 dapat tak erk???
Agak2 kalau kita buang kucing hari ni, Esok kita nak cari balik tak????
sendiri suatu masa nanti... hmmm jomlah ikut aku renung2 kan bersama manaau korang ade pendapat.. haha...Jadi Kalau buang anak hari ni kita nkamik balik ke atau nak tunggu dia balik'

Tiada ulasan:
Catat Ulasan